RAMADHAN  

Posted by DJ Sham


Di dalam kehidupan ini, tiada yang paling bermakna melainkan kita berjaya mendapat redha ALLAH azza wa Jalla.
Apabila segala apa usaha itu ALLAH SWT redhai, pasti kita akan beroleh berkat. Menilai keberkatan ini bukan dengan kemewahan kita, bukan jua dengan pangkat dan kuasa kita...berkat ini akan kita lihat dengan kedamaian dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Meskipun banyak dugaan dan rintangan, insan yang peroleh rahmat ALLAH mengganggap itu semua sebagai ujian. Ingatlah...yang kekal ialah alam akhirat...dunia cuma sementara.
Marilah sama-sama kita mohon agar ALLAH menjadikan kita hambaNYA yang dirahmati dan diredhainya. Hanya Redha ALLAH yang kita cari.

Saya dan Nurul di Ulu Melaka  

Posted by DJ Sham

ketua oh ketua  

Posted by DJ Sham

Ketua-ketua biasanya yakin mereka bersikap adil dan saksama apabila memberi layanan kepada orang-orang bawahan, umpamanya apabila membuat penilaian prestasi pekerja dan apabila memberi ganjaran seperti kenaikan gaji, kenaikan pangkat, lawatan sambil belajar, kursus ke luar negara dan lain-lain.


Ketua-ketua biasanya yakin mereka bersikap adil dan saksama apabila memberi layanan kepada orang-orang bawahan, umpamanya apabila membuat penilaian prestasi pekerja dan apabila memberi ganjaran seperti kenaikan gaji, kenaikan pangkat, lawatan sambil belajar, kursus ke luar negara dan lain-lain.

Pakar-pakar psikologi sudah melakukan banyak kajian ke atas tingkah laku ketua-ketua dan hasil kajian mereka mendapati ketua-ketua tidaklah begitu adil dan saksama kepada orang bawahan. Ketua-ketua mempunyai pengaruh besar menentukan jadual tugas, tempat bertugas, tangga gaji dan kenaikan gaji serta kenaikan pangkat individu-individu yang berada di bawah seliaan mereka.

Itulah sebabnya seseorang ketua itu perlu memahami faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaannya di tempat kerja, antaranya termasuklah psikologinya sendiri sebagai seorang ketua.


Suatu perkara yang tidak disentuh oleh teori-teori kepemimpinan ialah kenyataan bahawa ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin tidak memberi layanan yang sama rata kepada tiap-tiap orang-orang bawahan mereka. Lazimnya, teori-teori kepimpinan yang ada sekarang memberi gambaran seolah-olah para pemimpin memberi layanan yang sama rata kepada semua orang yang berada di bawah kepimpinan mereka. Ini tidak benar. Berikut ialah beberapa faktor yang mempengaruhi layanan seseorang ketua ataupun pemimpin ke atas orang-orang bawahannya:

Menjadi Anggota 'Kumpulan Terdekat'.
Lazimnya orang percaya barang siapa yang rajin dan pandai bekerja serta prestasinya tinggi maka dia dapat naik pangkat dengan mudah. Tidak dinafikan ciri rajin dan pandai bekerja adalah penting, tetapi setakat rajin dan pandai bekerja belum cukup untuk cepat naik pangkat ataupun bagi mendapat layanan istimewa daripada ketua.

Suatu fenomena yang lumrah berlaku ialah di mana individu-individu yang 'dekat' dengan ketuanya lebih mudah terpilih dihantar pergi melawat sambil belajar, berkursus, naik gaji dan naik pangkat di dalam sesebuah organisasi. Oleh itu seseorang yang rajin dan pandai bekerja perlu juga mendekati ketua-ketuanya supaya terpilih bagi tujuan-tujuan itu.


Anggota-anggota sesebuah organisasi sebenarnya berpecah belah ke dalam berbagai-bagai kumpulan. Kajian menunjukkan disebabkan oleh berbagai-bagai faktor, ketua-ketua menjalin pelbagai jenis hubungan di antara diri mereka dengan kumpulan-kumpulan yang mereka pimpin. Salah satu daripada kumpulan-kumpulan itu diistilahkan 'kumpulan terdekat.' Kajian mendapati anggota-anggota kumpulan terdekat paling banyak menerima perhatian daripada ketua-ketua mereka. Mereka juga menerima lebih banyak sumber-sumber yang dapat diberikan oleh ketua mereka, seperti masa dan penghargaan.

Individu-individu yang tidak termasuk ke dalam kumpulan terdekat dikatakan tergolong ke dalam 'kumpulan luar.' Mereka yang tergolong di dalam kumpulan luar tidak berapa disukai oleh ketua-ketua mereka oleh sebab itu mereka tidak banyak menerima sumber-sumber yang berharga yang ada pada pemimpin mereka.

Kajian menunjukkan, sejak awal-awal lagi seseorang ketua itu sudah memilih anggota-anggota kumpulan terdekatnya. Pemilihan itu dilakukan dengan tidak perlu mempunyai banyak maklumat tentang individu-individu itu terlebih dahulu. Ada kalanya pemilihan itu hanyalah berdasarkan ciri-ciri luaran yang tidak relevan dengan matlamat organisasi, seperti faktor usia, tempat kelahiran, jantina dan hobi yang serupa. Walau bagaimanapun, ada kalanya juga seseorang itu dianggap layak menjadi anggota kumpulan terdekat disebabkan dia mempunyai kepakaran dan kecekapan di dalam tugas-tugasnya.


Kajian-kajian juga mendapati ketua-ketua cenderung memberi layanan yang lebih baik kepada anggota kumpulan terdekat berbanding dengan layanan yang diberikan kepada mereka yang tidak termasuk di dalam kumpulan itu. Di dalam sebuah kajian, didapati para penyelia memberi penilaian yang tinggi kepada orang bawahan yang menjadi anggota kumpulan terdekatnya meskipun prestasi individu itusebenarnya rendah.

Layanan seperti ini tidak diberikan kepada mereka yang bukan anggota kumpulan terdekatnya. Akibat daripada layanan baik yang diterima oleh anggota-anggota kumpulan terdekat, mereka itu mempunyai dorongan bagi melaksanakan kerja-kerja mereka dengan lebih baik dan mereka mempunyai sikap yang lebih positif terhadap tugas-tugas mereka. Mereka juga lebih berpuas hati dengan tugas-tugas yang mereka jalankan dibandingkan dengan pekerja-pekerja yang tidak termasuk di dalam kumpulan terdekat si ketua. Kecenderungan berhenti kerja di kalangan anggota-anggota kumpulan terdekat adalah lebih rendah dibandingkan dengan mereka yang bukan. Mereka juga mendapat lebih banyak sokongan dan dorongan daripada ketua-ketua mereka dan dengan itu mereka lebih mudah naik dalam tangga kerjaya mereka.

Kenyataan bahawa ketua-ketua tidak memberi layanan sama rata kepada orang-orang bawahan mereka mempunyai implikasi yang serius kepada semangat kerja, komitmen dan prestasi mereka yang dipimpinnya. Oleh yang demikian para pemimpin perlu menyedari akan hal ini.

Kesan Halo.

Salah satu fenomena yang berlaku di tempat kerja ialah di mana seseorang ketua berulang-ulang kali membuat penilaian yang serupa sahaja sifatnya ke atas orang bawahannya. Sebagai contoh, apabila seseorang ketua itu menganggap setiausahanya pandai bekerja di pejabat, maka si ketua itu cenderung menganggap setiausahanya juga pandai dalam perkara-perkara lain. Begitu juga sebaliknya.


Salah satu kesilapan persepsi yang selalu berlaku di tempat kerja disebut dengan istilah kesan halo. Perkataan 'halo' bermakna cahaya. Apabila seseorang itu berkata, "Calon yang ini mendapat keputusan cemerlang di universiti, dia tentu boleh menjadi eksekutif yang baik di dalam syarikat kita ini." maka kata-kata seperti ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu membuat sesuatu penilaian positif, maka dia cenderung terus memberi penilaian lain-lain yang positif juga.

Calon ini mendapat keputusan cemerlang - ialah suatu penilaian positif. Eksekutif yang baik - adalah penilaian positif. Pemikiran seperti ini mengandungi kesilapan kesan halo. Di sini kesilapannya ialah, calon yang mendapat keputusan cemerlang sewaktu di universiti tidak semestinya akan menjadi eksekutif yang baik di dalam syarikat di mana dia bekerja. Ataupun pernahkah seseorang itu mendengar orang berkata, "Budak itu tidak berapa pandai. Dia tentu malas belajar." Budak yang tidak berapa pandai belum tentu malas belajar. Sebaliknya ramai budak yang rajin belajar tetapi mereka tidak begitu pandai.

Kesan halo mengatakan apabila sekali seseorang itu sudah mempunyai tanggapan positif ke atas seseorang individu, walau apa pun yang dibuat oleh individu itu, dia akan menilainya secara positif juga, termasuklah perkara-perkara yang tidak diketahuinya. Sebagai contoh, apabila seseorang itu berkata, "En. Mamat seorang pekerja yang baik." orang itu juga berani berkata, "En. mamat juga suami yang baik." walaupun dia tidak tahu apa-apa berkenaan tingkah laku En. mamat sebagai suami.

Kesan halo bukan hanya terjadi pada perkara-perkara positif. Ia juga berlaku secara negatif. Apabila seseorang itu mempunyai tanggapan negatif berkenaan seseorang individu, dia cenderung menganggap apa-apa yang dilakukan oleh individu itu secara negatif juga. Perkara-perkara berkenaan diri orang itu yang tidak diketahuinya pun cenderung dinilainya secara negatif. Apabila seseorang itu berkata, "En. Mamat gagal sebagai ketua rumah-tangganya." dia juga berani mengatakan, "En Mamat takkan boleh menjadi ketua di pejabatnya."


Apabila seseorang ketua membuat penilaian yang sangat positif ke atas sesuatu perkara berkenaan orang bawahannya, dia cenderung menilai lain-lain perkara berkenaan orang bawahannya itu secara positif juga. Jikalau pada penilaian si ketua orang bawahannya itu sangat cekap membuat tugas-tugas pejabat, dia cenderung percaya orang bawahannya itu juga cekap membuat kerja-kerjanya di luar pejabat. Fenomena kesan halo menyebabkan penilaian yang dilakukan ke atas berbagai-bagai aspek berkenaan seseorang itu mempunyai korelasi yang sama tingginya ataupun sama rendahnya. Penialaian seperti ini lazimnya salah.

Kesan Pandangan Pertama.

Kesan pertama ialah punca kepada sejenis lagi kesilapan bias persepsi yang sangat kerap berlaku di tempat kerja. Walaupun tugas menilai prestasi orang bawahan adalah salah satu tugas penting para ketua, lazimnya, apabila seseorang itu menilai orang bawahannya dia tidak menilai prestasi orang-orang bawahannya berdasarkan prestasinya semata-mata, tetapi dia menilai orang bawahannya itu berdasarkan kesan pertama yang dialaminya sewaktu dia mula-mula mengenali orang bawahannya itu dahulu.

Fenomena kesan pertama menyebabkan mengapa walaupun sering kali prestasi kerja seseorang itu sebenarnya sudah meningkat, tetapi peningkatan itu tidak dilihat oleh ketuanya disebabkan si ketua masih berpegang pada penilaian awalnya yang berdasarkan kesan pertamanya ke atas pekerja itu


bukan pa..nak gie elokkkk

Mau Petua Memancing....kita kongsi ya...  

Posted by DJ Sham

• Mau Petua Memancing?

• Berkat dapat izin sebelum mengail
• PETUA kaki pancing iaitu pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing ialah beritahu isteri atau keluarga, begitu juga majikan. Selain itu, pastikan semua urusan dibereskan. "Jangan meninggalkan masalah di rumah. Ini termasuk meninggalkan duit belanja dan keperluan sekolah anak-anak," .

• Awan hitam pekat biasanya akan membawa bersama ribut dan hujan tetapi dalam masa yang singkat. Dalam tempoh sejam ia akan reda dan kembali tenang. "Ribut ini datang bersama angin dari arah barat laut dan muncul secara tiba-tiba,Kalau awan hitam kelihatan, pemancing perlu segera kembali semula ke darat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Ketika ribut, kilat turut memancar dan kelihatan seolah-olah mencecah permukaan laut. Lazimnya ribut ini berlaku pada Jun, Julai dan Ogos.

• 3) SEBAGAI kaki pancing yang sering berada di laut, anda berdepan risiko dilanda ribut. Ia yang datang secara tiba-tiba biasanya membahayakan pemancing terutama yang menaiki bot kecil. Oleh itu, sebagai kaki pancing, anda wajar mengetahui jangka masa ribut akan tiba di lokasi anda. Ini penting untuk membolehkan anda membuat keputusan sama ada berlindung di pulau atau kembali ke pantai. Jika anda nampak awan hitam separas dengan laut ia bermakna ribut masih jauh dan memakan masa yang panjang sebelum tiba di tempat anda. Dalam keadaan ini, biasanya anda masih mempunyai masa kembali ke pantai. Tetapi jika awan hitam berada pada paras sejengkal atau lebih daripada paras laut, ribut berkenaan sudah begitu hampir. Oleh itu, segera berhenti memancing kerana ribut akan tiba dalam masa tidak sampai satu jam. Anda perlu segera mencari tempat berlindung. Pastikan anda memakai jaket keselamatan. Oleh itu, jika anda menggunakan bot kecil dengan kelajuan rendah anda patut berwaspada apabila berdepan dengan keadaan ini. Justeru anda dinasihat supaya kerap memerhatikan awan berdasarkan tips di atas. Jangan kerana leka memancing, anda lupa soal keselamatan diri sendiri.

• Kekalkan Ikan Segar
• BAGI kaki pancing, apabila keluar memancing, tong air batu atau tempat Menyimpan ikan ibarat satu kewajiban. Jika tidak, ikan yang dikail cepat busuk. Ada beberapa tips untuk mengekalkan kesegaran ikan. Pertama, menggunakan uncang jaring. Uncang biasa digunakan jika memancing di kawasan berhampiran rumah. Ikan yang dikail dimasukkan ke dalam uncang jaring dan direndam semula ke dalam air bagi membiarkan ikan itu terus hidup. Bagaimanapun saiz ikan terhad kepada yang kecil (kurang lima kilogram). Ikan bersaiz besar tidak sesuai dimasukkan ke dalam uncang jaring kerana jika meronta, jaring koyak dan ikan terlepas. Cara kedua dan paling biasa digunakan ialah kotak air batu. Ia paling banyak digunakan terutama jika memancing di laut untuk dua atau tiga hari. Ikan yang dikail terus dimasukkan ke dalam tong air batu supaya sentiasa segar walaupun sudah mati. Ada banyak saiz dan kualiti kotak menyimpan ikan yang diperbuat daripada gentian kaca atau plastik. Jadi berhati-hatilah jika membelinya. Biar alah membeli, menang memakai. Cara ketiga banyak diamalkan oleh pemancing yang pergi ke hutan lebih empat hari. Untuk membawa tong ikan adalah tidak praktikal kerana sukar mengangkutnya. Oleh itu, ikan yang dipancing perlu disiang termasuk membuang perut dan insang sekali. Sebaik-baiknya ikan yang disiang dielak daripada terkena air. Ikan yang sudah disiang ditabur sedikit garam sebelum disimpan di dalam bekas simpanan, biasanya tin biskut. Selain itu, ada pemancing memasukkan surat khabar di dalam perut ikan yang disiang bagi mengelakkan ia menjadi busuk. Cara keempat ialah dengan membunuh segera ikan yang diperolehi. Cara ini banyak diamalkan terutama Amerika Syarikat, Kanada dan sebahagian Eropah. Caranya ialah membunuh ikan secara mengejut menggunakan besi tajam. Ikan itu dibunuh dengan menghentak besi tajam di bahagain kepala iaitu antara mata ikan berkenaan (di mana terletaknya otak). Dengan sekali hentakkan, besi tajam tadi akan menembusi tengkorak dan mencederakan ikan. Rasional cara ini ialah ikan yang mati secara perlahan akan mengeluarkan sejenis hormon dari otak. Hormon ini bertindak sebagai perangsang untuk mempercepat proses pereputan protein. Jadi, jika ikan mati secara mendadak, otak ikan tidak sempat merangsang pengeluaran hormon berkenaan. Bagaimanapun, cara ini hanya digunakan ke atas ikan yang besar sahaja. (Sumber rujukan: Majalah Wawasan Pertanian).

• Ikan kecil panggil ikan besar
• KAKI pancing wajar mengetahui etika memancing. Misalnya, pemancing hanya perlu mengambil hasil tangkapan yang besar dan diperlukan saja manakala ikan kecil dan tidak diperlukan dilepaskan semula, terutama bagi spesies ikan yang hampir pupus. Amalan ini bukan sahaja dapat mengekalkan spesies ikan tertentu pada masa depan malah bersesuaian dengan petua orang tua. Selain tidak bertindak kejam ia juga dikatakan akan membolehkan kita mendapat tangkapan yang banyak dan besar. Ada orang tua berpesan jika pemancing dapat ikan kecil, kita perlu lepaskan semula. Jangan dianiaya. "Untuk mendapat ikan yang banyak, kita boleh minta anak ikan berkenaan memanggil ikan yang lebih besar untuk tangkapan kita. Kemudian kita bebaskan ikan itu ke laut. Insya-Allah jika ada rezeki kita akan dapat tangkapan lebih besar," ramai yang mengamalkan petua itu pernah mendapat tangkapan lumayan. Walaupun petua ini tidak semestinya menjadi kenyataan, namun yang penting amalan ini menjadikan pemancing lebih beretika.




• Semburan lumba-lumba bawa hasil

• AKTIVITI turun ke laut tidak boleh sebarangan. Jaket keselamatan, bekalan makanan dan paling utama, joran dan umpan mesti diambil kira. Mengikut petua sesetengah pemancing, sewaktu hendak turun ke laut, jangan ditegur atau ditanya Makan juga tidak boleh terlampau kenyang nanti tidak mendapat ikan. Bagaimanapun, kebanyakan nelayan laut dalam tidak mempunyai petua tertentu. Kalau sudah rezeki, berlabuh di laut cetek pun boleh mendapat ikan yang banyak. Mengikut petua zaman dahulu kala, untuk mengetahui sama ada seseorang nelayan berkenaan akan mendapat hasil yang lumayan atau tidak, ianya berpandu kepada ikan lumba-lumba yang bermain di sekitar perairan ataupun yang bermain-main di sekeliling bot sewaktu sedang laju membelah ombak. Lebih memberangsangkan seandainya ikan lumba-lumba berkenaan menyemburkan air dari atas kepalanya ke arah luang bot atau bahagian tepi bot, maka lumayanlah hasil yang akan dibawa pulang nanti.

• Petua sebut cewek meow...
• KATA orang mulut jangan becok kalau masuk ke kawasan hutan rimba atau mengunjungi sesebuah tempat baru. Begitu juga kalau ingin turun ke laut. Banyak pantang larang yang perlu diikuti. Kadang kala jika difikirkan petua atau pantang larang sedemikian ada yang mengarut dan tidak logik bunyinya tetapi sekadar menghormati pesanan orang-orang tua, kita lestarikan petua dan pesanan itu supaya ianya masih kekal. Antara petua Joran minggu ini ialah jaga mulut kalau turun ke laut. Jangan terlalu "laser". Katalah anda sudah berada di air (dalam bot atau tengah laut) jangan sekali-kali menyebut nama binatang berkaki empat yang hidup di darat. Kalau nak sebut juga beri ganti nama berkenaan dengan nama "cewek" (bukan bermaksud cewek Indon tau..) Contohnya kucing disebut cewek meow, kambing disebut cewek mbekkk... dan harimau disebut cewek aummm...! Kelakarkan? Tetapi itulah hakikatnya yang pernah diamalkan oleh sesetengah nelayan laut dalam di sebelah Pantai Timur. Bukan apa, agaknya nak jaga hati ikan-ikan yang di dalam laut sebab spesies mereka tu tak ada kaki kan?

• Lesung batu rumah ikan
• MUNGKIN sukar bagi seorang pemancing untuk mencari lubuk ikan yang tidak pernah habis dengan ikan-ikan di dasarnya. Lazimnya kita biasa mendengar tayar atau kereta buruk dijadikan tukun untuk ikan berkampung di sekitarnya.
• Mengikut petua, anda boleh membuat lubuk ikan anda sendiri tetapi mungkin mengambil masa yang agak lama. Dapatkan satu lesung batu yang sudah berlubang di bahagian tengahnya. Pastikan anda tidak membuat lubang dan ianya terjadi kerana sudah terlalu lama digunakan. Campakkan lesung batu berkenaan ke mana-mana bahagian sungai yang anda suka, ikan akan berkumpul di situ.
Kalau nak tahu cuba buat...

• Sarang jabut pengubat bisa
• SENGAT sembilang sakitnya bukan kepalang. Kata orang tua-tua bisanya akan beransur hilang kalau kena caranya. Petua untuk meredakan bisa ikan sembilang apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan jari atau bahagian-bahagian tangan anda yang terkena sengat itu ke dalam sarang jabut (busut-busut kecil berlumpur) berdekatan dengan sarang ketam paya bakau. Biasanya sarang jabut ini banyak terdapat di paya bakau atau di tepi-tepi sungai yang berlumpur. Insya-Allah bisanya akan reda, mungkin sarang jabut yang mengandungi cecair lumpur paya itu sejuk dan dapat meredakan bisa serta mengelakkan tangan anda berasa kebas.

nanti kalau sempat saya kongsi lagi...

i pee memancing lagi..haruan tasik u  

Posted by DJ Sham

I pi memancing  

Posted by DJ Sham